Dulu bila sebut sahaja mengenai ketahanan bateri, iPhone mempunyai ketahanan bateri yang cukup mengecewakan dan sering diperli oleh pengguna lain kerana perlu sentiasa cucuk powerbank dan sebagainya. Namun dengan kehadiran siri iPhone 11, ia dilihat sudah menangkis stigma tersebut.
MrWhoseTheBoss menerusi laman YouTube beliau telah membuat ujian ketahanan bateri antara iPhone 11 Pro Max, Samsung Galaxy S20 Ultra, OnePlus 8, Huawei P40 Pro dan OnePlus 8 untuk melihat peranti mana yang paling lama bertahan. Keputusan yang mengejutkan!
Berikut adalah hasil ujian beliau :
- iPhone 11 Pro Max : 8 jam 26 minit
- Samsung Galaxy S20 Ultra : 8 jam 19 minit
- OnePlus 8 Pro : 7 jam 9 minit
- Huawei P40 Pro : 6 jam 59 minit
- OnePlus 8 : 6 jam 2 minit
- iPhone 11 Pro Max : 60Hz / 3969mAh
- Samsung Galaxy S20 Ultra : 120Hz / 5000mAh
- OnePlus 8 Pro : 120Hz / 4510mAh
- Huawei P40 Pro : 90Hz / 4200mAh
- OnePlus 8 : 90Hz / 4300mAh
( Beli Face Mask 3PLY di pautan ini )