Dalam masa yang sama, syarikat pengeluar kereta itu telah mengambil inisiatif untuk menukar kilang pengeluaran kereta ke kilang pengeluaran topeng muka dan pelindung muka.
Pekerja Lamborghini yang biasanya menghasilkan kerusi berasaskan kulit untuk kereta V12 Aventador dan V10 Huracans kini menggunakan mesin jahit untuk menghasilkan topeng muka. Pengeluaran topeng muka sebanyak 1,000 unit dan pelindung muka sebanyak 200 unit sehari.
Topeng muka dan pelindung muka yang dihasilkan juga akan disumbangkan ke Hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna, Itali dan akan digunakan untuk membantu insan yang memerlukan terhadap situasi pandemik COVID-19.
Setiap topeng muka yang dihasilkan juga mengikut warna bertemakan Lamborghini yang berwarna oren bersama tag di bahagian tepi. Buat masa ini tiada laporan bahawa topeng muka ini akan dijual, kerana ia dihasilkan untuk sumbangan.
(Sumber)