Close

Majoriti komponen iPhone 8 masih boleh digunakan pada iPhone SE 2020

iPhone SE (2020) hangat diperkatakan baru-baru ini kerana telah diperkenalkan dengan rekaan yang sama seperti iPhone 8 dengan pembaharuan dari segi cip pemprosesan A13 Bionic, penaiktarafan satu kamera 12MP, perubahan sedikit pada kedudukan logo Apple dan warna skrin.

Terdapat video dari YouTuber di China yang telah bocorkan tentang penggunaan komponen dari iPhone 8 ke iPhone SE yang baharu seperti bateri, kerangka dan skrin. Malah, papan induk iPhone 8 juga boleh diletakkan di iPhone SE 2020 dan boleh dihidupkan seperti biasa.

Namun fungsi kamera tidak boleh digunakan. Mungkin kerana perbezaan sensor kamera yang digunakan antara iPhone 8 dan SE. Seperti mana yang anda tahu, iPhone 8 tiada fungsi bokeh dan iPhone SE mempunyai fungsi kamera seperti iPhone Xr.

Dengan penggunaan komponen lama ke iPhone SE, ia sekaligus dapat menjimatkan kos pengeluaran Apple dan boleh dijual dengan harga permulaan RM1,999 jika dibandingkan dengan harga iPhone 11. Tonton pandangan FUZZ mengenai iPhone SE 2020 :

ARTIKEL BERKAITAN