Menteri Pengajian Tinggi dikecam kerana menganjurkan pertandingan TikTok - FUZZ.MY

Friday, April 10, 2020

Menteri Pengajian Tinggi dikecam kerana menganjurkan pertandingan TikTok


Dato' Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini telah mempromosikan satu pertandingan video TikTok pada umum yang berumur 18 - 26 tahun sebagai inisiatif untuk duduk di rumah. Disamping itu, beliau juga sempat membuat video TikTok bersama Noreen dan Iskandar Rahman yang dikatakan sebagai influencer dalam poster berikut.



Namun, tidak sampai beberapa jam pertandingan itu dipromosikan, terdapat pelbagai kecaman dari netizen di Twitter yang membantah pertandingan tersebut. Ramai yang berpendapat Menteri Pengajian Tinggi untuk mengadakan pertandingan yang lebih bermanfaat berbanding video TikTok.

Tidak kurang juga ada pihak yang memberi cadangan kepada Menteri Pengajian untuk anjurkan pertandingan lain yang lebih ilmiah pada anak muda.


Jika dilihat di Twitter rasmi Dato' Dr Noraini Ahmad, tiada lagi promosi tersebut dan berkemungkin ia telah dibatalkan. Apa pun, harap menteri di Malaysia boleh berfikiran lebih kehadapan dalam menangani wabak COVID-19 dan anjurkan pertandingan yang lebih bermanfaat pada umum, khususnya anak-anak muda.