Close

OnePlus 8 akan dikuasakan dengan Snapdragon 865, LPDDR5 RAM dan UFS 3.0

OnePlus baru-baru ini telah mengumumkan siri OnePlus 8 akan dilancarkan pada 14 April ini. Pada pengmumum itu, OnePlus telah mengesahkan bahawa siri kali ini akan dilengkapi dengan rangkaian 5G pada semua model dan paparan 120Hz.

Kini OnePlus mendedahkan bahawa siri OnePlus 8 akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, menggunakan storan jenis UFS 3.0 dengan kelajuan pemindahan data 1,7000Mb/s dan memori LPDDR5 RAM.

Siri kali ini juga akan menggunakan slogan ‘Lead With Speed’ yang melambangkan kelajuan pada peranti mereka. Dijangka terdapat 3 varian akan diperkenalkan iaitu OnePlus 8, OnePlus 8 Pro dan OnePlus Z. Apa pun, sama-sama kita nantikan 14 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN