Close

OnePlus 8 dan 8 Pro akan mula dijual di Malaysia bermula 24 April – Harga rasmi mencecah RM4,099

Pihak OnePlus di Malaysia hari ini telah mengumumkan penjualan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro di Malaysia. Pra-tempahan akan dibuka bermula 12.00 malam 24 April dengan tawaran hadiah menarik!

Dari segi spesifikasi, kedua-duanya hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan rangkaian 5G. OnePlus 8 Pro mempunyai skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.78-inci QHD+ dengan paparan segar semula 120Hz, pengesahan IP68, menyokong WiFi 6, memori LPDDR5 sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB bersama UFS 3.0.

Bateri sebesar 4510mAh, pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar Warp Charge 30W, kuad kamera 48MP utama, 8MP  telefoto, 48MP ultra sudut lebar dan 5MP. Manakala kamera swafoto 16MP sudut lebar dengan paparan takuk berlubang.

Manakala untuk OnePlus 8, dilengkapi dengan spesifikasi yang sedikit berlainan kerana ia hadir dengan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.55-inci QHD+ dengan paparan segar semula 90Hz, dan tri-kamera 48MP utama, 16MP ultra sudut lebar, dan 2MP makro.

Dibekalkan dengan bateri sebesar 4300mAh bersama pengecasan Warp Charge 30W. Manakala spesifikasi lain sama seperti OnePlus 8 Pro. Terdapat juga beberapa pilihan warna baharu pada siri kali ini. Berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia

OnePlus 8

  • 8GB + 128GB = RM2,899
  • 12GB + 256GB = RM3,299
OnePlus 8 Pro
  • 8GB + 128GB = RM3,699
  • 12GB + 256GB = RM4,099
Pembelian OnePlus 8 dan 8 Pro juga akan diberikan jaminan waranti sehingga 2 tahun dan 1 tahun jaminan pada skrin sekiranya retak. Untuk pra-tempahan, boleh beli OnePlus 8 di pautan ini dan OnePlus 8 Pro di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN