Close

OnePlus 8 dan 8 Pro kini rasmi – Paparan 120Hz dan IP68 dengan harga mencecah sekitar RM4,300

OnePlus hari ini telah melancarkan siri OnePlus 8 terbaru yang hadir dengan 2 model iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Kedua-duanya dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, dan pelbagai lagi spesifikasi yang menarik.

OnePlus 8 Pro menggunakan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.78-inci QHD+ dengan paparan segar semula 120Hz, pengesahan IP68, menyokong WiFi 6, memori LPDDR5 sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB bersama UFS 3.0.

Turut dibekalkan dengan bateri sebesar 4510mAh, pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar Warp Charge 30W, kuad kamera 48MP utama, 8MP  telefoto, 48MP ultra sudut lebar dan 5MP. Manakala kamera swafoto 16MP sudut lebar dengan paparan takuk berlubang.

Manakala untuk OnePlus 8, dilengkapi dengan spesifikasi yang sedikit berlainan kerana ia hadir dengan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.55-inci QHD+ dengan paparan segar semula 90Hz, dan tri-kamera 48MP utama, 16MP ultra sudut lebar, dan 2MP makro.

OnePlus 8 hanya dibekalkan dengan bateri sebesar 4300mAh dengan teknologi Warp Charge 30W. Manakala spesifikasi lain sama seperti OnePlus 8 Pro. Terdapat juga beberapa pilihan warna baharu pada siri kali ini. Berikut adalah harga jualan untuk pasaran AS :

OnePlus 8

  • 8GB + 128GB = $699 (RM3,028)
  • 12GB + 256GB = $799 (RM3,641)
OnePlus 8 Pro
  • 8GB + 128GB = $899 (RM3,895)
  • 12GB + 256GB = $999 (RM4,328)

ARTIKEL BERKAITAN