Close

Persamaan dan perbezaan antara iPhone MY set dan iPhone Import set

Umum sedia maklum bahawa Apple telah mengkhususkan iPhone pada beberapa negara dan telah membuat kod model khas buat negara tersebut seperti Malaysia dengan kod MY, Australia dengan kod X dan pelbagai lagi.

Dengan perbezaan kod ini, timbulnya pelbagai keraguan pengguna sama ada ia baik untuk digunakan di Malaysia atau tidak, kerana khuatir kad SIM Malaysia tidak boleh digunakan pada iPhone set luar atau terdapat fungsi yang berbeza.

Ya, sebenarnya ada perbezaan antara MY set dan Import set (bahasa mudahnya). Sebagai contoh :

  • UAE (AB) – FaceTime tidak berfungsi
  • Jepun (J) & Korea (KH) – Shutter kamera tak boleh disenyapkan
  • Hong Kong (ZA) & China (CH) – Dwi fizikal nano SIM untuk iPhone Xs ke atas, bukan eSIM + SIM seperti MY set
  • AS (LL) – Guna modem 4G Qualcomm, manakala MY set guna modem 4G Intel. Untuk iPhone Xs ke bawah sahaja
  • Malah, biasanya untuk set dari AS dan eropah akan dapat pengecasan 2-pin. Berbanding Malaysia dan Singapura yang guna 3-pin.

Itulah serba sedikit perbezaan dari segi komponen dan spesifikasi yang ada pada iPhone import set dan MY set. Ada yang berpendapat bahawa iPhone (LL) mempunyai tarikan 4G yang lebih baik kerana menggunakan modem Qualcomm. Namun ada juga disebaliknya. Mungkin bergantung pada kawasan.

Terdapat juga persamaan kesemua iPhone berikut.

Di mana kebanyakan iPhone berikut boleh claim waranti di Apple Authorized Service Provider di Malaysia.

Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak termasuk dalam jaminan waranti seperti kerosakan akibat masuk air, skrin retak/pecah, telco lock/turbo SIM, dan sebagainya.

Hatta, persamaan yang paling ketara dengan iPhone set dari Malaysia (MY) adalah set iPhone dari Singapura (ZP).

Mempunyai modem yang sama, pengecasan 3-pin, dan jaminan waranti yang sama.

Cuma tulisan belakang kotak (MY) dalam bahasa Melayu dan kotak (ZP) bahasa inggeris.

Bahagian lain seperti kualiti kamera, skrin, iOS, bateri dan spesifikasi lain adalah sama untuk semua iPhone.

Kerana ia dikilangkan di kilang yang sama di Foxconn, China.

Tapi kenapa ada komponen yang berbeza?

Itu mungkin adalah iPhone refurbished, terpakai dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL BERKAITAN