Close

realme 6 dengan 8GB RAM dan 128GB ditawarkan dengan harga RM1,199

Pada bulan Mac lalu, realme Malaysia telah mengumumkan penjualan rasmi realme 6 untuk 4GB RAM + 128GB storan dengan harga RM999 yang hadir dengan cip pemproses MediaTek G90T dan skrin LCD 6.5-inci dengan paparan 90Hz.

Selain itu ia juga turut hadir dengan bateri sebesar 4300mAh bersama pengecasan pantas 30W, kuad kamera 64MP (utama), 12MP (sudut ultra lebar), 2MP (makro), dan 2MP (bokeh) dengan kamera sewafoto 16MP (sudut lebar).

Jika dilihat dari tawaran harga dan spesifikasi, ia sememangnya satu pembelian yang amat berbaloi untuk anda cuba. Kini realme Malaysia mengumumkan realme 6 untuk 8GB RAM + 128GB storan dengan harga RM1,199.

Menariknya, terdapat penambahan 6 bulan waranti diberikan. realme 6 dengan 8GB RAM akan dijual bermula 5 Mei ini di semua penjual realme yang sah dan pembelian di kedai Lazada rasmi realme, boleh di beli melalui pautan ini bermula 2 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN