Close

realme 6i kini rasmi di Malaysia – Harga bermula RM699

realme Malaysia telah[un melancarkan peranti kelas pertengahan terbaharu mereka iaitu realme 6i yang dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80, skrin LCD bersaiz 6.5-inci HD+ bersama ketahanan jenis Corning Gorilla Glass 3.

Pada bahagian lain, peranti ini dibekalkan dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W jenis USB-C, pembesar suara mono, pengimbas cap jari di bahagian panel belakang dengan rekaan yang agak unik dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Menggunakan kuad-kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh dengan keupayaan rakaman sehingga 1080p 30fps. Manakala kamera swafoto 16MP dengan rakaman video 1080p 30fps juga.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu Hijau dan Putih dengan 2 pilihan varian iaitu 3GB + 64GB dengan harga RM699 dan 4GB + 128GB dengan harga RM899. Dijual bermula 23 April di Shopee dan 25 April di penjual realme yang sah.

Anda juga boleh dapatkan tawaran bernilai RM599 untuk 3GB + 64GB pada 23 April ini pada jam 12.00 AM hingga 11.59 PM.

ARTIKEL BERKAITAN