Close

Samsung Galaxy S20 Ultra dilaporkan mengalami permasalahan ‘green tint’ pada skrin AMOLED

Baru-baru ini terdapat laporan pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra yang mengalami permasalahan skrin memaparkan warna hijau atau lebih sinonim dengan isu ‘green tint’ yang biasa berlaku pada skrin AMOLED dari Samsung sebelum ini.

Menurut laporan, ia berlaku apabila bateri bawah 30% dan paparan ditetapkan pada 120Hz pada S20 Ultra yang menggunakan cip pemproses Exynos 990. Hatta, isu ini juga berlaku apabila bateri pada 5% dan suhu cecah 40% yang membuatkan paparan kembali pada 60Hz secara automatik dari 120Hz.



Dengan harga cecah RM5,000, isu ini sepatutnya tidak perlu ada. Bahkan sebelum ini juga terdapat isu pada kamera yang sukar untuk fokus. Syukur, Samsung sudah perbaikinya dalam kemaskini terbaru.

Tambahan lagi, ada juga pengguna S20 Ultra yang mengadu tentang terdapat bunyi seakan komponen longgar apabila digoncang. Dipercayai itu adalah sensor yang digunakan pada kamera S20 Ultra.

Menurut SamMobile, Samsung sedang dalam usaha untuk memperbaiki permasalahan ‘green tint’ pada S20 Ultra dan kemaskini akan dilepaskan buat pengguna pada masa terdekat nanti. Anda ada sebarang permasalahan pada skrin?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN