Siri iPhone 12 dilaporkan mungkin akan dijual dengan harga sekitar RM2,819 ~ RM4,774 - FUZZ.MY

Thursday, April 30, 2020

Siri iPhone 12 dilaporkan mungkin akan dijual dengan harga sekitar RM2,819 ~ RM4,774


Siri iPhone 12 adalah topik yang sedang hangat diperkatakan waktu ini selepas iPhone SE (2020) rasmi dilancarkan pada April lalu. Sebelum ini kita sudah dengar bahawa iPhone 12 Pro akan hadir dengan penambahan sensor LiDAR yang menjadikannya kuad-kamera.

Malah, ura-ura juga menyebut siri iPhone 12 kali ini akan hadir dengan rangkaian 5G dan rekaan takuk pada skrin yang lebih kecil berbanding iPhone 11. Kini terdapat maklumat tertiris yang dikongsikan oleh Jon Prosser melalui Twitter beliau mengenai harga jualan untuk siri iPhone 12.


Apa yang menariknya, terdapat 4 varian yang dikongsikan oleh beliau berserta harga permulaan untuk siri iPhone 12. Berikut adalah harga dan saiz yang didapati melalui sumber beliau :
  • iPhone 12 (5.4") = $649 (RM2,819)
  • iPhone 12 (6.1") = $749 (RM3,253)
  • iPhone 12 Pro (6.1") = $999 (RM4,339)
  • iPhone 12 Pro Max (6.7") = $1,099 (RM4,774)
Harga yang dipaparkan adalah dari nilai tukaran wang asing semasa. Jika benar siri iPhone 12 akan dijual dengan harga berikut, pasaran Malaysia mungkin tinggi sedikit kerana cukai, sirim dan kos tersembunyi lain.