Close

Sony perkenalkan alat kawalan jauh untuk PlayStation 5 – DualSense

Sony hari ini telah perkenalkan alat kawalan jauh terbaru mereka untuk PlayStation 5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Jika PS4 ia digelar sebagai DualShock 4 (DS4), untuk PS5, ia digelar sebagai DualSense dengan rekaan yang baharu.

Alat kawalan jauh ini juga mempunyai peningkatan berbanding DS4. DualSense dilengkapi dengan ‘Adaptive Triggers’ yang boleh diubah ikut kesesuaian permainan, terdapat integrasi mikrofon terbina, port USB-C di bahagian hadapan dan butang Share yang sudah diubah menjadi butang Create.

Manakala fungsi lain seperti yang ada pada DS4 juga masih boleh digunakan pada DualSense ini. Dari segi rekaan, DualSense turut mempunyai dwi-tona warna putih dan hitam, juga terdapat lampu yang lebih menyerlah di bahagian kiri dan kanan, dan logo PS yang berwarna hitam jika dibandingkan dengan DS4.

ARTIKEL BERKAITAN