Close

Telefon pintar Lenovo Legion akan hadir dengan pengecasan pantas 90W

Di pasaran sekarang, pengecasan paling tinggi pun adalah 65W untuk teknologi SuperVOOC dari OPPO. Kini Lenovo telah kongsikan poster rasmi peranti yang berasaskan permainan mudah alih mereka iaitu Lenovo Legion.

Jika melihat dari teknologi pengecasan, Xiaomi pernah memperlihatkan pengecasan 100W dan VIVO dengan 120W, namun ia belum lagi dikeluarkan di pasaran umum.

Menerusi poster tersebut, peranti ini akan dilengkapi dengan pengecasan pantas 90W dan menjadikan peranti ini adalah fon dengan pengecasan paling pantas di dunia.

Untuk spesifikasi, peranti ini mungkin akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, rangkaian 5G, ciri gaming, dan pelbagai lagi. Terdapat ura-ura bahawa peranti ini akan dibekalkan dengan bateri sebesar 5050mAh dengan rekaan yang unik. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN