Close

Terdapat fungsi pada iOS 14 untuk anda ‘mencuba aplikasi’ tanpa memuat turun

Beberapa bulan sahaja lagi Apple akan memperkenalkan iOS 14 dan perisian terbaru mereka buat semua produk Apple pada Worldwide Developer Conference (WWDC) 2020 yang kan berlangsung pada bulan Jun ini.

Sebelum ini terdapat laporan dari 9to5mac mengenai maklumat yang tertiris melalui kod iOS 14. Kini terdapat lagi kod yang dijumpai dipercayai fungsi baru yang akan diperkenalkan pada iOS 14, dimana anda boleh mencuba aplikasi yang ada di App Store tanpa memuat turun aplikasi tersebut.

Fungsi itu juga membolehkan pengguna mengimbas kod QR dan mencuba beberapa fungsi yang ada pada aplikasi tersebut. Setelah mencubanya, ia akan menggalakkan anda untuk muat turun penuh aplikasi tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN