Close

Tiada caj RM1 di ATM MEPS sepanjang tempoh PKP bermula 6 April

Umum sedia maklum jika sebarang transaksi pengeluaran duit melalui ATM (MEPS), terdapat caj bernilai RM1 yang akan dikenakan. Namun sepanjang tempoh PKP ini, tiada caj RM1 yang akan dikenakan untuk pengeluaran duit di ATM (MEPS) dan antara bank lain.

Pengecualian caj ini hanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja. Iaitu bermula pada 6 April sehingga 14 April, tempoh penambahan PKP yang telah diumumkan kerajaan setakat hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN