Close

Vivo V19 kini rasmi di Malaysia – Snapdragon 712 dengan harga RM1,699

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka iaitu Vivo V19 yang dijana dengan Snapdragon 712, skrin Super AMOLED bersaiz 6.44-inci FHD+, memori 8GB RAM dan 128GB storan.

Pada bahagian lagi, ia turut dibekalkan dengan bateri sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W FlashCharge 3.0 yang mampu mengecas 0-54% dalam masa 30 minit sahaja. Rekaan yang digunakan juga dilihat mengikuti trend semasa.

Menggunakan kuad-kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 2MP bokeh dan 2MP makro dengan rekaan kamera seakan Huawei P40. Manakala swafoto menggunakan dwi-kamera 32MP dan 8MP dengan paparan dwi-lubang.

Vivo V19 ditawarkan dengan harga bernilai RM1,699 dan boleh mula dibeli bermula 25 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN