Close

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi di Malaysia – Harga mencecah RM3,899

Xiaomi Malaysia telahpun melancarkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro di Malaysia yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 dan rangkaian 5G pada semua varian. Berikut adalah spesifikasi untuk Mi 10 dan Mi 10 Pro :

Mi 10

  • Snapdragon 865
  • Rangkaian 5G dan WiFi 6
  • Skrin 6.67-inci AMOLED (Melengkung)
  • Paparan 90Hz dan HDR 10+
  • Memori sehingga 12GB RAM (LPDRR5)
  • Storan sehingga 256GB
  • UFS 3.0
  • Bateri 4780mAh
  • Pengecasan pantas 30W
  • 4-kamera : 108MP + 2MP + 2MP + 13MP
  • Rakaman video 8K dan OIS
  • Swafoto 20MP
  • Hi-Res Audio
  • Android 10 (MIUI 11)

Mi 10 Pro
  • Snapdragon 865
  • Rangkaian 5G dan WiFi 6
  • Skrin 6.7-inci AMOLED (Melengkung)
  • Paparan 90Hz dan HDR 10+
  • Memori sehingga 12GB RAM (LPDRR5)
  • Storan sehingga 512GB
  • UFS 3.0
  • Bateri 4500mAh
  • Pengecasan pantas 65W
  • 4-kamera : 108MP + 2MP + 2MP + 20MP
  • Rakaman video 8K dan OIS
  • Swafoto 20MP
  • Hi-Res Audio
  • Android 10 (MIUI 11)
Xiaomi Mi 10 ditawarkan dengan harga bermula RM2,799 untuk 8GB + 128GB dan RM2,999 untuk 8GB + 256GB. Manakala Mi 10 Pro dijual dengan harga RM3,899 untuk 8GB + 256GB.
Setiap pembelian Mi 10 secara pra-tempahan akan mendapat Mi Smart Band 4, manakala Mi 10 Pro pula akan mendapat Mi True Wireless Earphone. Pra-tempahan bermula 22 – 30 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN