Close

Xiaomi Mi 10 Lite Zoom kini rasmi – Snapdragon 765G dan keupayaan 50x kali zum dengan harga sekitar RM1,291

Xiaomi telah melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 10 Lite Zoom yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, rangkaian 5G skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci FHD+ dan menyokong HDR 10+, memori sehingga 8GB LPDDR4 dan storan sehingga 256GB bersama UFS 2.1.

Pada bahagian lain, ia turut dibekalkan dengan bateri sebesar 4160mAh bersama pengecasan pantas 20W, kuad kamera 48MP (utama), 8MP (sudut ultra lebar), 8MP (telefoto) dengan keupayaan 50x kali digital zum dan 5x kali optikal zum, 2MP (makro) dan 16MP kamera swafoto.

Mi 10 Lite Zoom juga hadir dengan MIUI 12, terdapat 5 pilihan warna dan ditawarkan dengan harga bermula CNY 2,099. Jika mengikut tukaran wang asing semasa, sekitar RM1,291.

ARTIKEL BERKAITAN