Close

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi – Snapdragon 730G dengan harga sekitar RM1646

Xiaomi hari ini telahpun melancarkan peranti kelas pertengahan terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi Note 10 Lite yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 730G, memori sehingga 6GB dan pilihan storan sehingga 128GB.

Pada bahagian lain, ia juga turut dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.47-inci, dibekalkan dengan bateri sebesar 5260mAh bersama pengecasan pantas 30W, kuad kamera 64MP Sony IMX686 (utama), 8MP (ultra sudut lebar), 5MP (makro), 2MP (bokeh) dan kamera swafoto 32MP.

Mi Note 10 Lite ditawarkan dengan harga €349 (~RM1,646) untuk 6GB + 64GB dan €399 (~RM1,882) untuk pasaran luar. Terdapat juga 3 pilihan warna iaitu Ungu, Putih dan Hitam.

ARTIKEL BERKAITAN