Close

Apple memperkenalkan MacBook Pro 13-inci yang diperbaharui – Harga bermula RM5,599

Jika sebelum ini Apple telah perkenalkan iPad Pro dan iPhone SE baharu, kali ini Apple turut memperkenalkan MacBook Pro 13-inci yang telah diperbaharui yang ditawarkan dengan harga bermula RM5,599 untuk pasaran Malaysia.

Antara pembaharuan pada MacBook Pro 13-inci kali ini adalah, Magic Keyboard baharu, pilihan storan sehingga 4TB, kad grafik Intel Iris Plus yang memberikan 80% prestasi kelajuan untuk suntingan 4K video berbanding versi MacBook Pro 13-inci sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga memori 16GB RAM yang lebih pantas pada varian terpilih dan pelanggan juga boleh memilih tetapan sehingga 32GB RAM. Malah, grafik yang terbaru pada MacBook kali ini juga membolehkan anda sambungkan kepada Pro Display XDR dengan paparan 6K penuh.

Walaupun harga sudah dipaparkan di laman sesawang rasmi Apple Malaysia, namun ia masih belum boleh dibeli oleh pelanggan di Malaysia. Harga yang ditawarkan mencecah RM8,799 untuk varian sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN