Close

Apple telah mencatatkan hasil $58.3 billion pada suku tahun kedua 2020 – Namun penjualan iPhone menurun

Apple hari ini telah mengumumkan status kewangan mereka untuk suku tahun kedua 2020 (Q2) setakat 28 Mac dengan penjualan keseluruhan $58.3 billion (RM250 billion). Nilai ini sekaligus mengingkat 1% berbanding tahun lalu.

Menurut CEO Apple, Tim Cook menyatakan disebalik kesan dari pandemik COVID-19, penjualan Apple tetap menaik yang didorong oleh rekod langganan perkhidmatan dan barang pakai (wearables). Berikut perbandingan hasil pendapatan barangan/perkhidmatan Apple Q2 tahun ni dan tahun lepas (berdasarkan analisis).

iPhone : $29 billion, jatuh 7% ($31.1 billion)
Perkhidmatan : $13.3 billion, naik 16% ($11.5 billion)
Aksesori & lain-lain : $6.3 billion, naik 24%($5.1 billion)

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN