Close

CIMB Clicks dan CIMB EVA mengalami gangguan dan sedang diselenggara

Aplikasi perbankan yang banyak menerima kritikan oleh pengguna di Malaysia iaitu CIMB Clicks hari ini mengalami gangguan lagi dan sedang diselenggara bermula 1.03 PM sehingga 3.00 PM. Saya sendiri mengalami permasalahan dan sangat lambat untuk membuka aplikasi tersebut. Malah, tidak boleh buat sebarang pemindahan duit sejak jam 12.30 PM lagi.
Isu ini mungkin disedari oleh pihak CIMB dan segera menyelenggaranya. Hatta, isu ini bukan sekali. Malah banyak kali terjadi apabila ingin masuk aplikasi, sangat lambat untuk ke laman utama atau pergi ke fungsi yang lain. Selain itu, CIMB EVA juga sedang diselenggara sehingga jam 3.00 PM ini.

Kemaskini :


11.00PM – CIMB Clicks versi web dan aplikasi sudahpun boleh diakses seperti biasa.


9.15PM – Aplikasi CIMB Clicks sudah boleh diakses, namun tidak untuk versi web.

5.30PM
– Sistem CIMB Clicks masih tergendala sehingga 9.00 PM.

4.15PM – Aplikasi CIMB Clicks sudahpun boleh diakses, namun tiada ‘instant transfer’, hanya penghantaran biasa (normal transfer) dan DuitNow sahaja sebagai alternatif pemindahan duit. Aplikasi masih perlahan macam biasa.

ARTIKEL BERKAITAN