Close

Fortnite sudah mencecah lebih 350 juta pemain seluruh dunia – Permainan pertempuran paling popular!

Epic, pembangun permainan Fortnite pada Rabu lepas telah mengumumkan bahawa permainan yang berasaskan pertempuran itu telahpun mempunyai lebih 350 juta pemain yang mendaftar menjadikan Fortnite permainan pertempuran percuma yang paling popular yang ada di permainan konsol, PC dan mudah alih.

Untuk rekod, Epic pernah mendedahkan pada bulan April lalu terdapat 3.2 billion jam pemain yang masuk permainan Fortnite dan ia sememangnya satu jumlah yang sangat banyak.

Corak permainan Fortnite adalah berasaskan berbilang pemain (multiplayer) di dalam dunia terbuka, seakan-akan PUBG Mobile. Menariknya, Fortnite mempunyai antara muka yang lebih unik, boleh bersosial, tonton konsert dari artis terkenal melalui permainan, dan pelbagai lagi.

Ia bukan sahaja dilihat sebagai permainan, malah gaya hidup. Pemain juga boleh memilih pelbagai pilihan pakaian, karakter, jenis tarian dan senjata. Disamping itu, Fortnite juga akan mengadakan persembahan secara langsung untuk menyambut 350 juta pemain pada 8 Mei yang membawakan artis terkenal seperti Steve Aoki, Dillon Francis dan deadmau5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN