Close

iPhone 12 Pro akan menggunakan paparan ProMotion 120Hz !

Ura-ura tentang iPhone 12 sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sebelum ini kita sudah dengar tentang rekaan yang berkotak seakan iPad Pro, penambahan satu lensa LiDAR Sensor dan masih mengekalkan rekaan skrin bertakuk, tapi lebih kecil.

Kini terdapat maklumat terbaharu yang tertiris daripada EverythingApplePro bahawa iPhone 12 Pro akan dilengkapi dengan paparan ProMotion 120Hz seperti yang digunakan pada iPad Pro. Selain itu beliau juga menyebut bahawa iPhone 12 Pro akan ditawarkan dengan warna baharu.

Jika benar, iPhone 12 Pro akan menjadi iPhone pertama yang akan menggunakan paparan ProMotion 120Hz yang akan memberi pengalaman skrin yang terbaik untuk sesebuah fon pada tahun 2020. Hatta, harga siri iPhone pun telah ditiriskan sebelum ini. Tonton video :

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN