Close

iPhone SE (2020) ‘lebih pantas’ berbanding fon Android yang terpantas – Tim Cook

iPhone SE (2020) adalah peranti kompak terbaru dari Apple yang dijana dengan cip pemproses A13 Bionic seperti iPhone 11, skrin LCD bersaiz 4.7-inci Retina HD, menggunakan Touch ID, satu kamera 12MP dan pengesahan IP67.

Menurut laporan, CEO Apple, Tim Cook menyatakan bahawa iPhone SE mendapat maklum balas yang positif dari pengulas dan pelanggan mereka. Malah, turut mengatakan iPhone SE lebih pantas berbanding fon Android yang terpantas.

Tambahnya lagi, kelebihan iPhone SE ia dibekalkan dengan ‘enjin’ yang sama seperti iPhone 11, tapi lebih kecil dan harga yang lebih mampu milik. Hatta, iPhone SE juga dikatakan boleh dijual di beberapa kawasan terpilih yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dan berharap pengguna akan bertukar dari Android ke iOS.

Sebagai rujukan, iPhone SE ditawarkan dengan harga bermula RM1,999 untuk 64GB, manakala untuk 128GB dengan harga RM2,199 dan untuk 256GB dengan harga RM2,699 yang dijangka akan dijual dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN