Close

iPhone SE (2020) sudah boleh dibeli di Malaysia – Harga bermula RM1,999

iPhone SE adalah peranti terbaru dari Apple yang mempunyai rekaan seperti iPhone 8 dan sedikit pembaharuan dari segi spesifikasi yang dijana dengan cip pemproses A13 Bionic seperti iPhone 11, mempunyai satu kamera 12MP, dan bateri sebesar 1821mAh.

Selain itu, ia juga masih menggunakan skrin IPS LCD bersaiz 4.7-inci Retina HD, penarafan IP67 kalis air dan habuk. Terdapat 3 pilihan warna yang anda boleh pilih, iaitu warna Merah, Hitam dan Putih.

iPhone SE sudah boleh dibeli di laman sesawang rasmi Apple Malaysia dengan harga bermula RM1,999 untuk 64GB, RM2,199 untuk 128GB dan RM2,699 untuk 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN