Close

Lenovo Legion – Gaming fon dengan paparan 144Hz, pengecasan 90W dan kamera pop-naik 20MP

Sebelum ini Lenovo ada mengacah tentang fon gaming terbaru mereka. Kini terdapat maklumat yang tertiris menunjukkan rekaan gaming fon pertama Lenovo iaitu Lenovo Legion yang akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, storan UFS 3.0, memori LPDRR5 skrin dengan resolusi 2340 x 1080 bersama paparan segar semula 144Hz!
Menariknya lagi, peranti ini juga turut dilengkapi dengan pengecasan pantas 90W yang mampu mengecas dari 0 – 100% dalam masa 30 minit sahaja pada bateri sebesar 5000mAh, sekaligus ia akan menjadi peranti pertama dengan pengecasan sepantas itu untuk pasaran umum.
Pada bahagian lain, ia juga mempunyai kamera utama 64MP dan 16MP ultra sudut lebar. Yang lebih unik, ia dilengkapi dengan kamera pop-naik 20MP pada bahagian tepi dengan rekaan yang tampak besar dari biasa. Buat masa ini tiada maklumat tentang harga atau bila ia akan dilancarkan.

ARTIKEL BERKAITAN