Close

Oppo A92 dilancarkan di Malaysia – Snapdragon 665 dengan harga RM1,199

Oppo Malaysia baru sahaja melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka iaitu Oppo A92 yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 665, skrin LCD bersaiz 6.5-inci FHD+, bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W.

Pada bahagian kamera, ia dilengkapi dengan kuad kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 2MP bokeh, 2MP B/W yang mampu merakam video 4K 30fps, dan swafoto 16MP yang mampu merakam video 1080p 30fps.

Selain itu, terdapat juga bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, menjalankan sistem operasi ColorOS 7.1 (Android 10) dan dijual dengan harga RM1,199 untuk 8GB RAM dan 128GB storan.

ARTIKEL BERKAITAN