Close

Pengguna IGTV Instagram bakal peroleh pendapatan dari iklan seperti ‘YouTube’

Umum sedia maklum, Instagram adalah syarikat yang dimiliki oleh Facebook yang sudah lama menawarkan pendapatan (monetize) pada pengguna yang muat naik video melalui Facebook Page dengan terma dan syarat. Kini, Instagram telah mengumumkan bahawa aplikasi itu juga akan membantu penerbit kandungan video di Instagram peroleh pendapatan melalui fungsi IGTV.

Dengan inisiatif ini, Instagram akan memaparkan iklan berdurasi 15 saat melalui IGTV yang ditonton oleh pengguna lain. Menurut laporan juga, pihak Instagram akan berkongsi pendapatan dengan pengguna IGTV sehingga 55% dari pengiklanan dam ia sememangnya satu jumlah yang banyak.

Langkah yang diambil oleh Instagram ini juga sekaligus memberi lebih motivasi kepada pengguna Instagram untuk lebih banyak memuat naik video di IGTV dan memberi peluang pendapatan yang lebih, lagi-lagi buat pengguna yang mempunyai kreativiti.

ARTIKEL BERKAITAN