Close

Pocophone F2 Pro kini rasmi – Snapdragon 865 dan pengecasan 30W dengan harga sekitar RM2,345

Dalam Facebook rasmi Poco, syarikat itu telah mendedahkan harga jualan rasmi Pocophone F2 Pro yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkain 5G, pilihan memori sehingga 8GB jenis LPDDR5, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1.
Pada bahagian spesifikasi, Poco F2 Pro dilengkapi dengan kuad kamera 64MP IMX686 utama, ultra sudut lebar, telemakro dan depth sensor. Manakala bahagian hadapan, denga swafoto 20MP. Turut dilengkapi dengan skrin penuh AMOLED bersaiz 6.67-inci FHD+.
Poco F2 Pro juga turut dibekalkan dengan bateri sebesar 4700mAh bersama pengecasan pantas 30W, sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0, sistem operasi POCO Launcher berasaskan Android 10, dan WiFi 6.
Untuk 6GB + 128GB ditawarkan dengan harga RM2,199 dan untuk 8GB + 256GB dengan harga RM2,599 bersama percuma Black Shark FunCooler. Tersedia untuk pasaran tempatan bermula 10 Jun ini. Baik beli Poco?

ARTIKEL BERKAITAN