Close

realme 6 Pro rasmi di Malaysia – Snapdragon 720G dan paparan 90Hz dengan harga RM1,399

realme Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka iaitu realme 6 Pro yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan 128GB jenis UFS 2.1.

Menariknya, peranti ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.6-inci bersama paparan segar semula 90Hz, bateri sebesar 4300mAh bersama pengecasan pantas 30W, kuad kamera 64MP utama, 12MP telefoto, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP makro. Turut dilengkapi dengan dwi kamera swafoto 16MP utama dan 8MP ultra sudut lebar.

realme 6 Pro ditawarkan dengan harga RM1,399 (8GB + 128GB) untuk pasaran Malaysia. Anda juga akan mendapat 7 jenis pelindung kerangka secara percuma yang bernilai RM149 dan penambahan 12 bulan jaminan waranti. Akan dijual bermula 16 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN