Close

realme X3 Superzoom ditawarkan dengan harga RM1,799 di Malaysia

realme Malaysia hari ini telah melancarkan realme X3 Superzoom yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855+ dan keupayaan kamera yang mampu zum sehingga 60x kali.
Bahagian spesifikasi, X3 Superzoom dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.6-inci bersama paparan 120Hz, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri 4200mAh bersama pengecasan 30W, tiada bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono dan pengimbas cap jari di butang kuasa.
Turut hadir dengan kuad-kamera 64MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 8MP periskop telefoto dan 2MP makro yang mampu zum sehingga 60x kali bersama dwi-kamera swafoto 32MP utama dan 8MP ultra sudut lebar.
realme X3 Superzoom dijual dengan harga RM1,999 untuk 6GB + 128GB dan RM2,299 untuk 12GB + 256GB untuk pasaran tempatan. realme Malaysia juga turut menawarkan dengan harga RM1,799 (6GB + 128GB) pada hari pertama jualan di Lazada (2 Jun). Tonton video pandang pertama :

ARTIKEL BERKAITAN