Close

realme X3 Superzoom kini rasmi – Snapdragon 855+ dan kamera 64MP 60X zum dengan harga sekitar RM2,387

Hari ini realme telahpun melancarkan peranti yang dikira sebagai kelas atasan terbaru mereka iaitu realme X3 Superzoom yang dilihat memfokuskan pada fungsi kamera dan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855+, memori 12GB RAM dan 256GB storan jenis UFS 3.0.
Menariknya, walaupun peranti ini menggunakan skrin LCD bersaiz 6.57-inci, ia turut dilengkapi dengan paparan 120Hz, pengimbas cap jari pada bahagian butang kuasa belah kanan, tiada bicu audio 3.5mm, satu pembesar suara dan rekaan yang tampak seperti kebiasaan fon realme.
Pada bahagian kamera, realme X3 Superzoom dilengkapi dengan kuad kamera 64MP utama dengan keupayaan zum sehingga 60x kali, 8MP lensa periscope, 8MP sudut ultra lebar dan 2MP makro. Manakala pada bahagian hadapan, terdapat dwi kamera swafoto 32MP utama dan 8MP ultra sudut lebar.
Untuk pasaran luar, peranti ini ditawarkan dengan harga €499 (~RM2,387) jika mengikut kadar tukaran wang asing semasa untuk 12GB + 256GB. Mengikut laporan, X3 Superzoom juga akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Saya menjangkakan ia mungkin akan dijual sekitar RM2,199 ~ RM2,299. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN