Close

Redmi Note 9 dan 9 Pro kini rasmi – Harga bermula RM649 sehingga RM1,099

Xiaomi Malaysia hari ini telahpun melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka yang juga dalam keluarga Redmi Note 9S iaitu Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro. Kedua-dua peranti ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Berikut adalah spesifkasi untuk rujukan anda :


Redmi Note 9
  • MediaTek Helio G85 (12nm)
  • 3GB / 4GB RAM
  • 64GB / 128GB storan
  • Skrin LCD bersaiz 6.53″
  • Resolusi 2340 x 1080 piksel (FHD+)
  • Bateri 5020mAh
  • Pengecasan USB-C 18W (22.5W dalam kotak)
  • Menyokong IR Blaster
  • Bicu audio 3.5mm
  • Dwi-SIM + Kad Memori
  • Kuad-Kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Swafoto 13MP
  • MIUI 11 (Android 10)


Redmi Note 9 Pro
  • Snapdragon 720G (8nm)
  • 6GB RAM
  • 64GB / 128GB storan
  • Skrin LCD bersaiz 6.67″
  • Resolusi 2340 x 1080 piksel (FHD+)
  • Bateri 5020mAh
  • Pengecasan USB-C 30W (33W dalam kotak)
  • Menyokong IR Blaster
  • Bicu audio 3.5mm
  • Dwi-SIM + Kad Memori
  • Kuad-Kamera 64MP + 8MP + 5MP + 2MP
  • Swafoto 16MP
  • MIUI 11 (Android 10)
Manakala bahagian harga, Redmi Note 9 ditawarkan dengan harga RM649 (3GB + 64GB) dan RM749 (4GB + 128GB). Manakala untuk Redmi Note 9 Pro dengan harga RM1,099 (6GB + 128GB). Xiaomi Malaysia juga turut menawarkan potongan harga untuk Note 9 (3GB + 64GB) yang dijual dengan harga RM599 ekslusif di Shopee rasmi Xiaomi pada 18 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN