Close

Rekaan dan spesifikasi Oppo Reno 4 tertiris !

Baru-baru ini Oppo Malaysia telah melancarkan siri Oppo Reno 3 di Malaysia dengan harga bermula RM1,699 sehingga RM2,399 untuk versi Pro. Rasa seperti baru saja Reno 3 diperkenalkan, kini terdapat rekaan dan spesifikasi Oppo Reno 4 pula diperlihatkan.
Menurut ura-ura, Oppo Reno 4 akan hadir dengan skrin bersaiz 6.43-inci dengan kaca melengkung 2.5D bersama dwi-kamera swafoto 32MP + 2MP. Manakala Reno 4 Pro dengan skrin bersaiz 6.55-inci dengan kaca melengkung 3D bersama kamera swafoto 32MP.
Siri Reno 4 juga dijangka akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 765G bersama rangkaian 5G, bateri sebesar 4000mAh, pengecasan pantas 65W, pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Terdapat juga beberapa pilihan warna termasuk Crystal Diamond Blue, Crystal Diamond Red, Dream Mirror Black dan Titanium Black. 

ARTIKEL BERKAITAN