Close

Rekaan Samsung Galaxy Note 20+ didedahkan – Skrin lebih besar bersama paparan 120Hz

Jika mengikut dari tarikh pelancaran siri Galaxy Note 10, Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy Note 20 pada bulan Ogos tahun ini yang mungkin terdapat 2 pilihan juga iaitu Galaxy Note 20 dan Note 20+. Kini terdapat rekaan yang telah tertiris menunjukkan rekaan Galaxy Note 20+.
Menurut OnLeaks, Galaxy Note 20+ akan hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci. Manakala Note 20 dengan skrin bersaiz 6.7-inci bersama paparan kamera berlubang di bahagian tengah seperti Galaxy S20 dan bingkai yang lebih nipis. 

Pada bahagian lain, siri Galaxy Note 20 dilengkapi bersama kamera yang telah dinaiktaraf dengan sensor 108MP berbanding Galaxy Note 10, cip pemproses Snapdragon 865 untuk pasaran AS dan Exynos 992 untuk pasaran tempatan.
Seperti siri Galaxy S20 juga, siri Galaxy Note 20 dijangka akan turut hadir dengan paparan segar semula 120Hz. Harapnya ia mampu menyokong pada paparan QHD+.

ARTIKEL BERKAITAN