Close

Siri Redmi 10X akan hadir dengan MediaTek Dimensity 820, skrin AMOLED dan rangkaian 5G – Harga sekitar RM920

Xiaomi baru-baru ini telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan perkenalkan peranti Redmi terbaru iaitu Redmi 10X yang akan menjadi peranti pertama yang dijana dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 820 yang telah didedahkan melalui AnTuTu dan Geekbench baru-baru ini.
Pihak Xiaomi juga turut mengesahkan bahawa Redmi 10X dan 10X Pro turut dilengkapi dengan rangkaian 5G dan dwi-sambungan 4G. Selain itu, ia juga akan hadir dengan panel skrin jenis AMOLED dari Samsung, bukan LCD seperti Redmi Note 9 dan mempunyai fungsi Always-on-Display (AoD).
Tambahan lagi, Redmi 10X Pro juga mempunyai keupayaan kamera yang mampu zum sehingga 30x kali zum dan kestabilan video OIS dengan rekaan badan yang dilihat seakan siri Redmi Note 9. Hatta, siri Redmi 10X juga dijangka akan siap dengan MIUI 12 dan akan diumumkan pada 26 Mei ini. 
Harga untuk Redmi 10X 5G dijangka sekitar CNY 1,499 (RM920), manakala untuk Redmi 10X Pro 5G sekitar CNY 2,000 (RM1,223) jika mengikut kadar tukaran wang asing semasa. Jika benar, ia akan menjadi peranti yang mempunyai spesifikasi yang sangat mantap dengan harga yang berpatutan. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN