Close

Sony Xperia 1 II mula dijual di pasaran AS dengan harga sekitar RM5,200 percuma Sony WF-1000XM3

Sony Xperia 1 II adalah antara peranti kelas atasan baharu dari Sony yang sedang hangat diperkatakan kerana keupayaan kamera dan videonya yang setaraf dengan siri kamera Sony Alpha. Ia dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan mempunyai rangkaian 5G.
Di pasaran Amerika Syarikat, Xperia 1 II ditawarkan dengan harga $1,199 (~RM5,200) bersama percuma Sony WF-1000XM3, antara fon telinga tanpa wayar dengan teknologi pembatalan hingar (Noise Cancelation) yang terbaik ada di pasaran sekarang. Jika melihat apa yang ditawarkan, ia sememangnya pembelian yang agak berpatutan dengan teknologi yang diletakkan pada Xperia 1 II.
Sebelum ini di Malaysia, Sony Malaysia pernah menawarkan Sony Xperia 1 dengan percuma Sony WH-1000XM3 dengan harga RM4,299 pada Ogos tahun lalu. Namun untuk Xperia 1 II, tiada khabar berita lagi bila ia akan mula dijual di Malaysia. Harapnya ia akan ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan dapat hadiah percuma yang berbaloi.

ARTIKEL BERKAITAN