Close

Spesifikasi cip pemprosesan Snapdragon 875 (5nm) tertiris!

Qualcomm adalah antara pengeluar cip pemproses untuk peranti pintar terbesar yang banyak digunakan oleh jenama terbesar seperti Samsung, Xiaomi, Oppo, Vivo dan pelbagai lagi. Setakat ini cip pemproses paling hebat mereka keluarkan adalah Snapdragon 865 bersama rangkaian 5G.

Kini terdapat maklumat tentang Snapdragon 875 yang telah tertiris dengan binaan 5nm, lebih kecil dari 865 (7nm). Sekaligus menjadikan Snapdragon 875 sebagai cip pemproses peranti pintar pertama dengan saiz sekecil itu.

Selain itu, terdapat tetapan Kryo 685 yang berasaskan “V8”, teknologi ARM Cortex, pemproses grafik (GPU) Adreno 660, pemproses video (VPU) Adreno 665 dan pemproses paparan (DPU) Adreno 1095.

Snapdragon 875 juga mampu menyokong LPDDR5 SDRAM berkelajuan tinggi dan seperti Snapdragon 865, cip pemproses baru ini juga turut menyokong
rangkaian 5G mmWave dan sub-6GHz, subsistem audio yang berkuasa rendah digabungkan bersama Aqstic Audio Technologies WCD9380 dan WCD9385 audio codec.

Kita mungkin akan diperlihatkan sekitar bulan Disember tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN