Close

Apple Silicon akan gantikan Intel? Ini yang anda perlu tahu…..

Apple membuat kejutan dalam WWDC, apabila mengumumkan Apple Silicon yang akan diguna pada desktop dan komputer riba mereka.

Di samping pelancaran macOS Big Sur, Apple memberitahu akan menggunakan cip pemproses mereka sendiri yang di beri nama Apple Silicon. 
Ianya sama seperti mana cip pemproses yang ada pada iPhone dan iPad, namun Apple Silicon dibangunkan khas untuk desktop dan komputer riba.
Apple Silicon di katakan lebih pantas , cekap dan mampu memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Mempunyai seni bina yang sama seperti cip pemproses iPhone dan iPad.
Apple mempunyai pasukan hardware dan software yang bekerjasama dalam membangunkan Apple silicon. Dan macOS Big Sur di bina dengan teras yang menyokong Apple Silicon.

ARTIKEL BERKAITAN