Ura-ura juga turut menyatakan Lenovo Legion turut akan hadir dengan panel skrin OLED FHD+ bersama paparan 144Hz seperti Nubia Red Magic 5G, dwi-kamera utama 64MP + 16MP dan memori sehingga 12GB LPDDR5.
Laporan terkini turut menyebut ia akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865+ disebalik Snapdragon 865 yang akan memberi kuasa lebih baik untuk penggunaan mahupun permainan mudah alih. Kita mungkin akan diperlihatkan dengan peranti ini tak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.
(Sumber)