Close

Nama siri iPhone 12 didedahkan melalui T-Mobile Netherland

Seperti yang kita tahu, iPhone 12 akan dilancarkan pada tahun ini. Buat pertama kalinya, iPhone akan hadir dengan 4 jenis model.  T-Mobile Netherland telah membocorkan nama siri iPhone 12 sebelum ianya dilancarkan.

4 Model iPhone itu adalah, iPhone 12, iPhone 12 Pro , iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Max. Nama siri iPhone 12 ini bocor pada bahagian aksesori di laman web tersebut. Pada bahagian aksesori, ia menujukkan pilihan case yang ada untuk model iPhone 12 kelak.

iPhone 12 akan hadir dengan 4 jenis model dan 3 jenis saiz. Akan menggunakan cip pemproses A14 dengan sokongan 5G. Dan buat pertama kalinya, iPhone 12 menyokong pengecasan pantas 20W.

Apa pendapat anda?

( sumber )

ARTIKEL BERKAITAN