Close

OnePlus mengesahkan nama peranti terbaru mereka iaitu ‘OnePlus Nord’

Sebelum ini pelbagai ura-ura berlegar mengenai peranti terbaru dari OnePlus yang lebih mesra dompet. Bila ingat balik peranti sebegini, kali terakhir OnePlus pernah perkenalkan adalah pada tahun 2015 dengan model OnePlus X yang mempunyai binaan yang premium dan harga yang lebih berpatutan.
Kini pihak OnePlus telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan model OnePlus Nord seperti model yang pernah ditiriskan sebelum ini. Sekaligus ia akan menjadi peranti kelas bajet kedua dari OnePlus selepas model X. 
Buat masa ini OnePlus masih belum mendedahkan bagaimana rekaan OnePlus Nord, namun ia akan dilancarkan kelak di Eropah dan India. Jika mengikut ura-ura, peranti ini akan dilengkapi dengan Snapdragon 765G, skrin OLED bersaiz 6.55-inci bersama paparan 90Hz, 6GB RAM dan 128GB storan. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN