Close

Pengeluaran iPhone 12 bersaiz 6.1” dilaporkan bermula pada Julai hingga Ogos tahun ini

Siri iPhone 12 dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan September tahun ini jika mengikut tarikh pelancaran iPhone sebelum ini dan menurut ura-ura, siri kali mempunyai 4 pilihan model iaitu iPhone 12 (5.4”), iPhone 12 (6.1”), iPhone 12 Pro (6.1”) dan iPhone 12 Pro Max (6.7”).

Menariknya, ura-ura menyatakan bahawa semua model iPhone 12 dilengkapi dengan skrin OLED, disebalik skrin IPS LCD seperti iPhone 11. Menurut laporan dari DigiTimes, pengeluaran iPhone 12  bersaiz 6.1-inci akan bermula pada bulan Julai hingga Ogos tahun ini.

Dalam beberapa bulan lagi, kita mungkin akan diperlihatkan dengan maklumat yang lebih tepat dari segi rekaan, spesifikasi dan harga yang ditawarkan oleh Apple. Tonton video ura-ura siri iPhone 12 di bawah : 


ARTIKEL BERKAITAN