Close

Peranti OnePlus dengan harga lebih mampu milik sah akan dilancarkan

Pihak OnePlus mengesahkan yang mereka akan melancarkan peranti mampu milik tidak lama lagi. Romours berkaitan model ini telah bermula sejak Mac lalu.

OnePlus melalui akaun Instagram OnePlusLiteZThing telah memuatnaik kod morse dan beberapa keping gambar dengan caption New Beginings. Dan melalui kod morse yang telah dipecahkan ianya membawa maksud ” Julai “.

Namun, tiada lagi tarikh rasmi yang di laporkan tetapi terdapat romurs lain menyatakan ianya akan di lancarkan pada 10 Julai di India. Menurut beberapa sumber peranti ini akan menggunakan nama OnePlus Z atau OnePlus Nord, namun ianya belum dapat dipastikan.

OnePlus akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pelancaran peranti mereka melalui cabaran memecahkan kod di Instagram. Yang ini dinamakan “Crack the Code # 1”, dengan ini mungkin lebih banyak info yang akan di ketahui kelak.

ARTIKEL BERKAITAN