Close

Qualcomm akan memperkenalkan Snapdragon 690 5G yang lebih mesra poket.


Qualcomm telah melancarkan cip pemproses baru Snapdragon 690 dengan keupayaan rangkaian 5G. Dan cip pemproses ini adalah sambungan kepada siri Snapdragon 675 sebelum ini. Dengan ini menambah senarai cip pemproses kelas pertengahan yang menyokong rangkaian 5G. 
Sebelum ini,  cip pemproses 765G adalah yang pertama mempunyai sokongan rangkaian 5G bagi kategori kelas pertengahan 7xx siri. 
                              
Cip pemproses Snapdragon 690 mempunyai peningkatkan Kuasa sebanyak 20%  berbanding Snapdragon 675. Snapdragon 690 menawarkan sokongan kelas premium iaitu paparan 120hz, FHD+ resolusi , Rakaman video 4K , pengecasan pantas 4+, WiFi 6 dan banyak lagi.

                              

Pengeluar pertama yang akan menggunakan cip pemproses 690 5G ini adalah LG, HMD Global , Motorola , Sharp , TCL , Wingtech dan banyak lagi.
Sokongan rangkaian 5G tidak lama lagi akan menjadi satu standard baru dengan harga yang mampu milik.

ARTIKEL BERKAITAN