Close

realme C11 – Rekabentuk mewah dengan harga yang berpatutan

Saban tahun kita melihat revolusi rekaan sesebuah peranti kelas permulaan semakin moden dan kemas. Jika dilihat 2 atau 3 tahun kebelakang rekaan peranti kelas permulaan dilihat seperti telefon mainan dengan binaan yang terasa murah.

Dengan saiz paparan yang kecil dan bingkai yang besar ianya sangat menjengkelkan pengguna.

Saiz paparan yang besar sentiasa menjadi keutamaan dalam pemilihan telefon pintar. Dengan realme C11 ianya hadir dengan saiz paparan yang hampir penuh 6.5-inci dan nisbah 20:9 sudah pasti ianya dapat memberikan pengalaman sangat baik dalam permainan, video dan juga audio.

Dan dengan paparan saiz yang luas ianya dapat mengurangkan gangguan visual.
Kelebihan paparan realme C11 tidak berhenti setakat itu sahaja, paparan hadapan menggunakan jenis Mini-drop. Struktur dalaman skrin realme C11 menggunakan proses timbunan yang telah dinaiktaraf, pada asasnya ia menjamin fungsi, mendekatkan bahagian dan komponen secara kreatif antara satu sama lain. 

Dengan teknologi yang dimiliki pada realme C11, Mini-drop berjaya dikurangkan sebanyak 30.9% dan keluasan paparan ditingkatkan sehingga 88.7%, membolehkan pengguna mengalami gangguan visual yang lebih sedikit semasa menggunakanya.
Paparan skrin hampir penuh 6.5-inci sudah pasti memberikan keselasaan.

Pilihan warna yang ditampilkan bagi model realme C11 adalah sangat unik kerana menggunakan nama rempah dalam masakkan iaitu Mint Green dan Pepper Grey. Pudina dan lada adalah dua rempah yang biasa digunakan dalam masakan untuk membawa rasa unik, warna khas ini akan memberikan “rasa” visual khas kepada pengguna.

realme C11 juga mempunyai rekaan yang terbaharu jika dibandingkan dengan rekaan peranti realme yang anda pernah lihat sebelum ini. Ya, terdapat kelainan untuk peranti realme kali ini.

Sementara itu, realme C11 juga menerima sentuhan baru dengan susun atur yang lebih kemas dan berbeza dengan siri C sebelumnya.

Tekstur penutup belakang telah diproses menggunakan mesin ukiran tepat lima paksi yang terkemuka di industri. Dan selepas 300 minit sesi polish, akhirnya, lengkung 450+ terukir untuk menghasilkan kesan cahaya reflektif khas. Penggunaan teknologi ini menjadikan realme C11 lebih berwarna, menarik, dan selesa di tangan.
Selain itu, ianya juga kurang memerangkap kesan cap jari dan bebas calar dan gelongsor.

Ditambah dengan jalur yang melintasi dibelakang dari atas ke bawah, dari modul kamera dan terletaknya logo realme tebal menjadikan rekaan lebih ikonik dan seimbang. Modul kamera menggunakan reka bentuk segi empat sama yang popular. Ditambah dengan dua lensa yang terletak dihujung, menjadikan penutup belakang tampak lebih premium dan moden.

Berita baik, realme C11 sudahpun dilancarkan dengan harga bermula RM429. Beli di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN