Close

realme perkenalkan model X3 dan X3 superzoom di India

realme dilihat sangat aggresif dalam mengeluarkan peranti. Pada bulan Mei lalu, X3 Superzoom sudah dilancarkan di Eropah dan Malaysia.
Di Malaysia, peranti ini sudah mula dijual pada 6 jun 2020 lalu dengan tanda harga RM1,999 bagi 8GB RAM + 128GB storan dan RM2,299 bagi 12GB RAM + 256GB storan.
Namun berbeza di India, terdapat dua varian akan dijual iaitu realme X3 superzoom dan realme X3.
realme X3 Superzoom menawarkan keupayaan kamera periscope dengan Snapdragon 855+ ditambah dengan fungsi wajib 2020 iaitu paparan 120Hz. Model realme X3 Superzoom dilancarkan dengan dua variasi iaitu 8/128 dan juga 12/256. Namun di Eropah ianya hadir dengan satu variasi sahaja iaitu 12/256 dengan tanda harga $499.
Untuk realme X3, ianya masih mengekalkan speksifikasi Snapdragon 855+ dan papaan 120Hz. Namun tidak menawarkan keupayaan kamera superzoom dan mungkin spekifikasi yang lebih rendah dari X3 Superzoom.
Yang menjadi tanda tanya ialah, bilakah realme X3 pro akan dilancarkan bagi menggantikan X2 pro? Mungkin 25 Jun nanti sewaktu pelancaran X3 dan X3 Superzoom di India. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN