Close

Semua yang anda perlu tahu tentang Sony PlayStation 5 – Harga, spesifikasi dan permainan

Sony hari ini telah mengumumkan rekaan rasmi permainan konsol generasi ke-5 mereka iaitu PlayStation 5 yang hadir dengan 2 varian iaitu PS5 versi biasa dengan Ultra HD Blue-ray disc dan PS5 versi digital yang tiada slot untuk memasukkan disc, permainan perlu dimuat turun sahaja.
Disamping itu, Sony juga turut perkenalkan beberapa peranti baharu untuk disesuaikan bersama PS5 seperti Pulse 3D fon telinga tanpa wayar, kamera khas, dock pengecasan, alat kawalan jauh media dan DualSense (alat kawalan) baharu bagi menggantikan DualShock 4. Berikut antara spesifikasi Sony PS5 :
  • CPU 8x Zen 2 Cores at 3.5GHz
  • GPU AMD Radeon RDNA 2
  • GPU 36 CU at 2.23GHz
  • 16GB RAM GDDR6 (256 bit)
  • Bandwidth 448GB/s
  • Custom 825GB SSD (PCIe 4.0)
  • Expandable NVMe SSD Slot
  • External USB HDD 
  • Video HDMI 2.1 (4K, 120Hz, 8K, VRR)
  • Audio Tempest 3D AudioTech
Menariknya lagi, PS5 akan menyokong majoriti lebih 4,000 permainan sedia ada di PS4. Antara permainan yang akan tersedia untuk PS5 nanti seperti Spider-Man : Miles Morales, Gran Turismo 7, Godfall, Resident Evil 8 : Village, GTA 5 dan pelbagai lagi.
Buat masa ini pihak Sony tidak mendedahkan harga jualan rasmi PS5. Namun menurut ura-ura, harga yang ditawarkan akan lebih mahal dari PS4. Mungkin lebih RM3,000. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN